KITAB SUCI AL-QURAN
SURE 91-100

SURA 91. Asy-Syams Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; 2. Dan bulan apabila ia mengiringinya; 3. Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; 4. Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), 5. Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); 6. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhlukmakhlukNya); 7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 11. (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; 12. Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), 13. Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)! 14. (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). 15. Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
****************************************************************************
SURE 92. Al-Lail
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelapgelitanya), 2. Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; 3. Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); 4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. 5. Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya); 6. Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, 7. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). 8. Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; 9. Serta dia mendustakan perkara yang baik, 10. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; 11. Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha dia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)? 12. Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayat petunjuk (tentang yang benar dan yang salah). 13. Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia. 14. Maka (serentak dengan memberi hidayat petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api Neraka yang marak menjulang, 15. Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka; 16. Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar. 17. Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; 18. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, 19. Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, 20. Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; 21. Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
*******************************************************************************
SURE 93. Adh-Dhuah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Demi waktu Dhuha; 2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi; 3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). 4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). 6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? 7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? 8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? 9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, 10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; 11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
******************************************************************************
 SURE 94. Asy-Syar-h
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? 2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); 3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? 4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiaptiap kesukaran disertai kemudahan, 6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
***************************************************************************
SURE 95. At-Tiin
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Demi buah tiin dan zaitun, 2. Dan gunung Tursina, 3. Serta negeri (Mekah) yang aman ini; 4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). 5. Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, 6. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. 7. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? 8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
*********************************************************************************
 SURE 96. Al-'Alaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; 5. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. 6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), 7. Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. 8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). 9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); 10. Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? 11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? 12. Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? 14. Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? 15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); 16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. 17. Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); 18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). 19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
******************************************************************************
SURE 97. Al-Qadr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, 2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
*************************************************************************
 SURE 98. Al-Bayyinah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, - 2. Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci, 3. Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar. 4. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. 5. Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya.Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. 7. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. 8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
*****************************************************************************
SURE 99. Az-Zalzalah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, 3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? 4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: 5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). 6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masingmasing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. 7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
******************************************************************************
 SURE 100. Al-'Aadiyaat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, 3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? 4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: 5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). 6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masingmasing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. 7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 9. (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?10. Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? 11. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

Bahasa Melayu
Translation of the
Meanings
Formatting by William B.
Brown
pdf--
http://globalquran.com/download/pdf/

Comments

Popular posts from this blog